Kelas Microsoft Word dan Excel
3 Julai 2016| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu mengadakan kelas Microsoft word dan excel bagi komuniti sekitar Pusat Internet Lubok Antu pada 1 hingga 2 julai 2016 bermula jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu.Tujuan aktiviti ini diadakan bagi mempelajari fungsi dan kegunaan word dan excel selain cara-cara untuk membuat jadual dan carta Antara kebaikan latihan ini adalah peserta dapat memahami bagaimana untuk membuat jadual dan carta alir menggunakan Microsoft word.Peserta dapat memahami dan mempelajari asas excel seperti mengenali lajur,baris dan sel pada excel.
Kelas di sertai seramai enam orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah,lepasan SPM dan suri rumah.Antara aktiviti yang diadakan ialah membuat carta dan jadual,cara membesarkan membuang mengubah format excel,menambah dan mengendalikan maklumat pada excel,menampah rupa maklumat dan lembaran kerja dan membuat latihan pelan belanjawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: